You are here: Home / topmenu / Soalan Lazim

Soalan Lazim

Bil Soalan Lazim Jawapan
1

Apakah perkhidmatan pengembangan yang ditawarkan?

  1. Khidmat Nasihat Pertanian
  2. Latihan Pertanian
  3. Perundingan dan Pelaburan
  4. Pembangunan Industri Asas Tani
  5. Pensijilan Kualiti
  6. Penguatkuasa Akta-akta Pertanian
  7. Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit
  8. Khidmat Sokongan Teknikal
    1. Agronomi Tanaman
    2. Perlindungan Tanaman
    3. Kawalan Racun Perosak
    4. Pengurusan Tanah
    5. Kawalan Kualiti Tanaman
    6. Kejuruteraan Pertanian
2

Di manakah buku-buku dan risalah terbitan Jabatan Pertanian boleh didapati?

Buku-buku dan risalah terbitan Jabatan Pertanian boleh didapati melalui pembelian atau secara percuma di Seksyen Komunikasi, Aras 14, Jabatan Pertanian Putrajaya dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri.

3

 Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak?

Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang di-gunakan dalam rumah.

4

Apa dia pendaftaran racun makhluk perosak?

la adalah suatu skim untuk mendaftarkan racun makhluk perosak yang diluluskan untuk diimport, dikilang, dijual dan digunakan di dalam negara ini yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak.

5

Bagaimanakah hendak menyertai TKPM?

Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.  Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.

6

Sekiranya peserta mengusahakan projek dalam jangkamasa yang lama,adakah tanah tersebut akan menjadi hak milik peserta?

Konsep pelaksanaan TKPM adalah dengan sewaan lot penanaman dengan kadar tertentu.  Peserta projek silih berganti oleh itu tapak projek tidak akan diberi hak milik.

7

Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera

Projek TKPM terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek).

8

Apakah Benih Padi Sah?

Benih padi sah adalah kategori benih padi yang dikeluarkan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Ia dibiakkan daripada benih daftar mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dan telah mendapat perakuan pematuhan piawaian mutu yang ditentukan.  Piawaian mutu yang ditetapkan ialah aspek ketulenan jenis, ketulenan fizikal, tahap percambahan dan peratus kelembapan. Benih daftar pula merupakan benih padi yang dibiakkan daripada benih asas yang diperolehi daripada MARDI.  Benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar yang dilantik oleh kerajaan.

Dari sudut nilai penanaman, benih padi sah merupakan kategori benih yang tulen, cergas dan tidak tercemar dengan bahan asing, rumpai dan padi angin serta tidak dijangkiti oleh penyakit merbahaya.  Ia merupakan kategori benih yang mempunyai potensi yang tinggi untuk tumbuh dengan baik apabila ditanam di ladang.

9

Bagaimanakah Mengenali Benih Padi Sah ?

Benih padi sah boleh dikenali dengan melihat ciri-ciri berikut :

  • Benih padi sah dibungkus dalam beg khas dengan berat bersih 20 kg/beg.
  • Beg benih padi sah mempunyai jalur biru dan logo kerajaan Malaysia.
  • Setiap beg benih padi mempunyai label perakuan kualiti berwarna biru sebagai identiti produk.
  • Benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar yang dilantik oleh kerajaan sahaja.
10

Berapakah  projek komersil saiz industri yang layak untuk menjadi peserta projek MoA Inc?

Industri                                    Saiz minimum

 

A. Pengeluaran           

1. Sayuran

    a. Sistem Terbuka            4ha

    b. Sistem Fertigasi            1ha

 

2. Buah

    a. Jangka pendek            10ha

    b. Jangka Panjang           20ha

 

3. Padi                         40ha

4. Bunga                        4ha

5. Kelapa                      40ha

6. Herba                        3ha

7. Cendawan                   1ha

 

B. PEMPROSESAN MAKANAN :

 

1. Berasaskan Bijirin:      

Modul tetap min RM0.5 Juta

 

2.Berasaskan buah-buahan dan sayuran:

  Modal  kerajaan/ pusingan RM0.5j     

 

3. Berasaskan produk kelapa:

   Modal berbayar min RM 1 juta