You are here: Home / Profil / Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.
ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

Minyak, Gas dan Tenaga
Minyak Sawit
Perkhidmatan Kewangan
Pelancongan
Perkhidmatan Perniagaan
Elektronik dan Elektrikal
Borong dan Runcit
Pendidikan
Kesihatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pertanian
Greater Kuala Lumpur
Dibawah ETP, NKEA tersebut telah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI).
Jabatan Pertanian hanya terlibat dalam 2 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) iaitu EPP 1 (Unlocking value from Malaysia’s biodiversity through high-value herbal products) dan EPP 7 (Upgrading capabilities to produce fruit and vegetables for premium markets). Dibawah EPP 1, tanaman herba yang akan difokus adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kuching, Dukung Anak dan Hempedu. Manakala dibawah EPP 7, tanaman buah-buah yang difokus adalah Betik eksotika, Nanas MD2, Rock Melon KR, Belimbing B10, Nangka J32 dan Pisang cavendish ; tanaman sayur-sayuran yang difokus adalah Tomato, Capsicum dan Lettuce. GNI yang disasarkan pada tahun 2020 bagi EPP 1 adalah RM2.2 billion manakala bagi EPP 7 adalah sebanyak RM1.4 billion.

Disamping itu, Jabatan Pertanian juga terlibat dalam 2 peluang perniagaan (BO) iaitu BO 8 (Button mushroom farming) dan BO 9 (Packaged fruit production such as jackfruit). GNI yang disasarkan pada tahun 2020 bagi BO 8 adalah RM182 juta manakala bagi BO 9 adalah sebanyak RM54 juta.

* Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pemandu.gov.my